Grab it here !

Grab it here !
SABUN KETIAK SABUN MARINE ESSENCE HARGA MURAH SABUN KETIAK !!!! HARGA MURAH SABUN MARINE ESSENCE !!!! HARGA MURAH SABUN HIJAU !! Klik gambar untuk hubungi saya !

Monday, May 17, 2010

Benarkah lampin pakai buang selamat keatas anak kita?


Dianggarkan seorang bayi akan memakai lampin selama kira-kira 25,000 jam dalam tahun pertama kehidupannya. Jika dia memakai lampin pakai buang, itu adalah masa yang terlalu lama dia didedahkan kepada bahan kimia.
Disini diberikan ringkasan risiko keselamatan dan kesihatan yang akan dihadapi oleh bayi dalam 2-3 tahun pertama kehidupannya dan dalam kehidupan berikutnya.
* Kematian
Kelemasan dan asphyxiation akibat bahan sumbatan pulpa kayu,lapisan luar plastik atau jalur pita boleh menyebabkan kematian.
* Asma
Lampin akan membebaskan keudara bahan kimia yang telah dicampurkan semasa proses pengeluarannya. Bahan kimia ini beracun kepada saluran pernafasan dan boleh mencetuskan asma.
Dalam kajian ini 6 jenama lampin terkenal didedahkan kepada tikus makmal mengalami kerengsaan mata,hidung dan kerongkong - termasuk bronchoconstriction yang menyerupai asma.
( Pembebasan bahan kimia juga boleh berlaku pada produk bayi yang lain ,seperti tilam dan selimut bayi.)
Bagaimanapun lampin kain tidak menyebabkan masalah pernafasan bagi tikus makmal .
* Kemandulan lelaki
Dalam penyelidikan Jerman yang diterbitkan dalam Archives of disease in childhood, bayi lelaki yang memakai lampin plastik mengalami peningkatan suhu pada kerandut buah zakar.
Menurut para penyelidik, ini boleh menyebabkan masalah kemandulan pada kemudian hari.
* Kanser testis
Menurut para saintis yang mengkaji penggunaan lampin plastik,bukan sahaja meninggalkan kesan negatif jangka panjang keatas kematangan testis malah juga mungkin mengembangkan kanser testis.
* Ruam lampin
Disebabkan lama terdedah kepada lampin pakai buang yang kotor. Lampin seumpamanya menyembunyikan tanda yang ia perlu ditukar. Jika ruam tidak jelas, kulit mungkin pecah dan dijangkiti. Jangkitan biasa pada bahagian lampin ialah dermatitis kandida - ruam merah yang bertompok-tompok pada kulit.
Petikan buku:
Lindungi Anak Anda
Persatuan Pengguna Pulau Pinang.

1 comment:

  1. Salam ziarah,
    Lampin kain ni memang lebih enviromental friendly kan.

    ReplyDelete

There was an error in this gadget